Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 13 Julai 2018

Malaysia pandang serius insiden di Indonesia - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR 13 Julai - Malaysia memandang serius kejadian pasukan bola sepak bawah 19 tahun (B-19) negara diprovokasi penyokong Indonesia sejurus perlawanan peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo tamat malam tadi.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman




Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keselamatan dan kesejahteraan para atlet perlu sentiasa menjadi keutamaan pada bila-bila dan di mana jua mereka berada.

"Saya telah dijadualkan ke Indonesia malam ini atas urusan kerja dan akan mengambil peluang tersebut untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak mereka berhubung perkara ini.
"Perkara ini adalah penting terutamanya memandangkan kontinjen Malaysia akan berada di Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia ke 18 pada bulan Ogos nanti," kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Syed Saddiq Indonesia dan Malaysia adalah saudara serumpun bangsa yang memiliki begitu banyak persamaan yang perlu diraikan.
Menurutnya, Malaysia menghargai usaha pihak berkuasa Indonesia yang dengan tangkas dan cekap, mengawal keadaan dengan berkesan serta melindungi pemain-pemain serta pegawai kedua-dua pasukan.
Dalam insiden malam tadi, pasukan bola sepak B-19 negara dihujani pelbagai objek termasuk botol yang dilemparkan penyokong Indonesia selepas berakhir perlawanan peringkat separuh akhir AFF 2018
Kemenangan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan ternyata membangkitkan kemarahan penyokong lawan yang disifatkan sukar menerima kekalahan kepada jiran serumpun, apatah lagi laman sendiri.
Pemain tengah skuad B-19, Muhammad Nizaruddin Jazi berkata, keadaan menjadi semakin tegang selepas tamatnya penentuan sepakan penalti apabila penyokong Indonesia mula melempar pelbagai objek ke dalam padang dan kawasan tempat duduk pasukan negara.
Tambah membimbangkang, ada diantara pagar stadium rosak apabila dicabut penyokong sebelum cuba menceroboh kawasan pada namun tindakan itu sempat dihalang pihak berkuasa.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan