Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 Julai 2018

'Elak langkah kiri'

HODAK mengingatkan anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Kemboja. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengelak daripada memulakan kempen Piala AFF bawah 19 (B-19) tahun dengan langkah kiri apabila berdepan Kemboja di Stadium Gelora Joko Samudro, esok.
Justeru, jurulatih skud B-19 negara, Bojan Hodak mengingatkan anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Kemboja walaupun lawannya itu bukan berstatus pasukan pilihan pada kejohanan itu.
Beliau berkata, kombinasi skuad muda Kemboja yang sudah lama dibentuk dilihat bakal menjadi ancaman utama buat anak buahnya yang baharu saja dikumpulkan dalam satu pasukan.
"Pemain Kemboja sudah dua tahun bersama di mana mereka bermain dalam liga kedua negara itu. Semalam, mereka menewaskan Brunei 5-0, jadi saya dapat rasakan perlawanan esok adalah perlawanan yang sukar.
"Kami mengumpul skuad lengkap hanya dalam dua latihan, jadi kami mungkin berdepan sedikit masalah dalam aspek persefahaman.
"Pemain juga beraksi bersama pasukan yang berbeza dalam Liga Malaysia dan kami perlu masa untuk melakukan perubahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Selain Kemboja dan Brunei, Malaysia turut diundi dalam Kumpulan B bersama Myanmar dan Timor Leste dengan dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.
Pada aksi pembukaan semalam, Kemboja meraih kemenangan besar ke atas Brunei manakala Timor Leste mengikat Myanmar 2-2.
Selepas aksi berdepan Kemboja esok, anak buah Hodak akan menentang Brunei pada Jumaat ini disusuli pertemuan dengan Timor Leste (Ahad ini) dan aksi terakhir dengan Myanmar dua hari kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan