KUALA LUMPUR: Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara memulakan kempen Kejohanan AFF B-19 2018 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 2-0 pada aksi di Stadium Gelora Joko Samudro, Indonesia, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak berkongsi tiga mata bersama Kemboja yang membelasah Brunei 5-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B, kelmarin.
Jaringan Shivan Pillay Asokan pada minit ke-39 dan Akhyar Rashid (71) sudah cukup untuk memberi kemenangan sulung kepada skuad 'Harimau Muda' itu.
Kemenangan itu juga sudah pasti menyuntik semangat anak buah Hodak yang akan berdepan Brunei di gelanggang sama, Jumaat ini.
Selain Kemboja dan Brunei, Malaysia turut diundi dalam Kumpulan B bersama Myanmar dan Timor Leste dengan dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.
Selepas aksi berdepan Brunei, skuad muda negara akan meneruskan saingan peringkat kumpulan menentang Timor Leste pada Ahad ini disusuli perlawanan terakhir dengan Myanmar dua hari kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan