Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 28 Jun 2018

Thanabalan terlepas layan Fiji



PENYERANG bawah 23 tahun negara, N Thanabalan mungkin terpaksa melupakan hasrat menyarung jersi pasukan senior buat pertama kali dalam perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Fiji di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, pada 5 Julai ini.
Thanabalan berkata beliau mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama pasukan Negeri Sembilan Isnin lalu, sekali gus tidak diturunkan ketua jurulatih, Mario Lemos, ketika skuad Hobin Jang Hobin tewas kepada Terengganu, malam tadi.
Biarpun tahap kecederaannya masih belum disahkan doktor, Thanabalan berkata besar kemungkinan dia tidak dapat mewakili Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Fiji kerana lutut kirinya masih berasa sakit apabila mahu berjalan, apatah lagi untuk bermain bola.
“Kemungkinan besar saya tidak dapat melaporkan diri untuk menyertai kem latihan pusat mulai Ahad ini kerana kaki kiri saya masih sakit. Saya akan menghubungi Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe untuk memaklumkan mengenai kecederaan selepas bertemu doktor hari ini.
“Pada mulanya saya ingat kecederaan dialami tidak begitu serius. Namun selepas dua hari saya rasa makin sakit dan mungkin nasib saya kurang baik dan tuah tidak menyebelahi biarpun saya memang sudah lama mengidam mahu menyarung jersi skuad senior.
“Tambahan pula, ini adalah pertama kali saya dipanggil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk bermain bersama skuad senior.... Jadi saya rasa amat rugi dan sedih kerana tidak dapat merebut peluang ini,” katanya.
Dia ditemui pada majlis sepak mula dan pra pelancaran kejohanan ‘Raja Futsal’ anjuran syarikat telekomunikasi Digi di sini, sebentar tadi.
Sebelum ini media melaporkan, Cheng Hoe memanggil 10 pemain berusia bawah 25 tahun dalam senarai terbaru ke latihan pusat skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Fiji, 5 Julai nanti.
Daripada senarai itu, Cheng Hoe mengekalkan 11 daripada 23 pemain beraksi pada Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, 27 Mac lalu dan persahabatan bertemu Bhutan, 1 April lalu.
Sebagai ganti, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain Kedah iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan (Perak), Aidil Zafuan Radzak (JDT) Thanabalan serta Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).
Melengkapkan senarai 23 pemain, Cheng Hoe turut menyenaraikan semula pemain ketika menentang Mongolia 22 Mac lalu diketuai bersama Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin Ong (JDT) serta Rawilson Batuil (Sabah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan