Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 13 Jun 2018

Pengalaman berguna buat saya: Imran


Imran Zakaria (kanan) dan Lauren Hoh (kiri) mewakili Malaysia ke Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa 'Football For Friendship' (F4F) 2018 sempena Piala Dunia Russia 2018 bulan depan. - Foto FB FAM

MOSCOW, Russia: Hasrat wakil negara, Imran Zakaria mencipta kejayaan lebih besar dalam  Program Sosial Kanak-Kanak, Football For Friendship (F4F) tidak kesampaian apabila pasukannya terkandas pada peringkat kumpulan.
Pada program dirangka khas sempena Piala Dunia 2018 itu, Imran, 16, diberi pendedahan menjadi jurulatih muda menguruskan Grevy's Zebra, satu daripada 32 pasukan bertanding dalam kejohanan di bawah F4F di Sapsan Arena, di sini, hari ini.
Skuad kendalian Imran menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila meraih dua kemenangan iaitu 1-0 dan 5-1 ke atas Western Gorilla dan Angelshark untuk menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan D.
Menerusi format pertandingan, hanya juara kumpulan layak ke suku akhir dan kekalahan 2-4 kepada pasukan Koala menyaksikan lawannya itu mara dengan kelebihan satu mata.
Imran yang dilihat memiliki karektor sebagai jurulatih bola sepak untuk masa depan mengakui tidak terlalu kecewa dengan keputusan itu sambil menganggap pasukannya sudah melakukan yang terbaik.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan pasukan. Perlawanan pertama kami beraksi dengan baik, cuma perlawanan kedua kami tewas dan moral pemain sedikit menurun.
"Apa yang saya lihat pemain mula menyalahkan antara satu sama lain, tapi saya cuba bangkitkan semangat mereka kerana bola sepak memerlukan kerjasama berpasukan.
"Hasilnya kami berjaya bangkit dan meraih kemenangan pada perlawanan ketiga, namun gagal ke suku akhir. Ia pengalaman buat saya bagaimana susahnya tugas sebagai jurulatih," kata Imran.
Pada kejohanan diwakili pemain berusia 12 tahun dari seluruh dunia itu, Chimpanze muncul juara selepas menewaskan Komodo Dragon 2-1 pada perlawanan akhir.
Selain Imran, seorang lagi wakil negara, Lauren Hoh, 12, diberi pendedahan sebagai wartawan muda yang membuat liputan sepanjang program dari 8 Jun lalu hingga Jumaat ini.
Lebih mengujakan, ini adalah kali pertama program yang memasuki edisi keenam itu disertai wakil dari Malaysia hasil kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan