KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, TAN CHENG HOE HARI INI TELAH MENAMAKAN EMPAT PEMAIN BAHARU IAITU SYAHRUL AZWARI IBRAHIM (MELAKA), SHAFIQ SHAHRUDIN (KELANTAN), KENNY PALLRAJ (PERAK), DAN SYAWAL NORDIN (KEDAH) UNTUK HADIR KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN, HARIMAU MALAYA DI WISMA FAM, KELANA JAYA PADA AHAD (1 JULAI 2018).
MEREKA DIPANGGIL BAGI MELENGKAPKAN SENARAI 24 PEMAIN DAN MENGGANTIKAN TEMPAT EMPAT PEMAIN IAITU N. THANABALAN (NEGERI SEMBILAN), AHMAD HAZWAN BAKRI, AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK DAN LA' VERE CORBIN-ONG (JOHOR DARUL TAK'ZIM) YANG TIDAK DAPAT MENYERTAI KEM LATIHAN PUSAT KALI INI SELEPAS DISAHKAN MENGALAMI KECEDERAAN OLEH DOKTOR PASUKAN MASING-MASING.
KEM LATIHAN PUSAT SINGKAT INI ADALAH BAGI MENGHADAPI SATU PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA "A" IAITU BERTEMU FIJI DI STADIUM BOLA SEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS PADA KHAMIS, 5 JULAI 2018 SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI PIALA SUZUKI AFF 2018 PADA NOVEMBER DEPAN.
#FAM #HARIMAUMALAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan