Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 6 Jun 2018

Kurang pemain, puasa punca hambar


BOJAN Hodak. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Kekurangan pemain yang berkualiti dan aksi di bulan Ramadan menjadi punca skuad bawah 19 (B-19) kebangsaan gagal menyerlah dalam tiga perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand.
Perkara itu diakui ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang menegaskan beliau terpaksa menggunakan lebih ramai pemain B-18 dan B-17 untuk mengharungi tiga aksi persahabatan sepanjang berada di negara jiran itu pada 30 Mei lalu hingga kelmarin.
"Kami kekurangan pemain berkualiti yang lahir pada tahun 1999 (19 tahun) kerana ramai di antara mereka beraksi bersama pasukan masing-masing dalam Liga Super dan Liga Perdana.
"Jadi, kami menggunakan pemain yang kurang beraksi bersama kelab dan mencuba beberapa pemain baharu yang lahir pada tahun 2000 (18 tahun) dan 2001 (17 tahun).
"Malah, saya faham pemain berdepan masalah untuk bermain dalam perlawanan di peringkat tinggi pada Ramadan," kata Hodak ketika dihubungi, hari ini.
Malaysia meraih keputusan hambar dalam tiga aksi persahabatan di Bangkok apabila tewas 2-0 kepada skuad B-19 Thailand dan kelab Chonburi FC selain hanya mampu seri tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan berdepan Assumption United.
Selain itu, Hodak mengakui skuad B-19 Thailand memiliki kualiti yang lebih baik berbanding skuad kendaliannya untuk perlawanan ujian sebelum menghadapi kejohanan AFF dan AFC pada Julai dan November depan.
"Perlawanan pertama berdepan skuad B-19 Thailand, mereka memang sedikit lebih baik, dua perlawanan lagi 50-50. Tapi, pemain cepat belajar dan sebab itu kami perlukan perlawanan sukar seperti ini.
"Perbezaan kami dengan pasukan Thailand adalah aspek teknikal mereka yang lebih baik. Kami berdepan masalah untuk menguasai permainan dan beraksi di bawah tekanan.
"Permainan kami meningkat tetapi beberapa pemain baharu masih melakukan kesilapan individu yang sememangnya mengundang padah apabila beraksi di peringkat antarabangsa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan