Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 8 Jun 2018

Imran bimbing Grevy Zebra di Russia


IMRAN Zakaria (kanan) akan menguruskan pasukan Grevy Zebra pada program yang berlangsung sempena Piala Dunia di Moscow, Russia. - Foto FAM

KUALA LUMPUR: Wakil Malaysia ke Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa 'Football For Friendship' (F4F) 2018, Imran Zakaria akan menguruskan pasukan Grevy Zebra pada program yang berlangsung sempena Piala Dunia di Moscow, Russia.
Imran, 16, yang berlepas ke Moscow, hari ini akan memikul tugas sebagai jurulatih muda sepanjang program itu dengan membimbing pasukan Grevy Zebra dalam satu kejohanan membabitkan 32 pasukan dan diwakili pemain berusia 12 tahun, Selasa ini.
Selain mendapat pengalaman menguruskan pasukan bola sepak, Imran juga akan menyertai beberapa program lain termasuk bengkel bola sepak yang akan disertai selebriti terkenal.
"Imran mahu pengalamannya di Russia dapat memberikan inspirasi kepada kanak-kanak di Malaysia dan membuka jalan untuk menjadi jurulatih muda di negara ini pada masa akan datang.
"Dia juga mengimpikan untuk beraksi bersama kelab bola sepak profesional pada masa depan, sama seperti idolanya, Cristiano Ronaldo," kata penganjur F4F, PJSC Gazprom dalam satu kenyataan.
Seorang lagi wakil negara yang bersama Imran ke F4F adalah Lauren Hoh yang akan berperanan sebagai wartawan muda dan akan diberi pendedahan membuat liputan sepanjang program berkenaan.
Lauren akan bertugas di pusat media dan akan diberi pendedahan sebagai wartawan termasuk mengumpulkan maklumat, membuat laporan dan menulis artikel.
Sebelum ke Moscow, Imran dan Lauren sudah mendapat beberapa pendedahan awal di bawah program Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk menyertai latihan skuad bawah 19 (B-19) tahun negara.
Kelmarin, mereka turut mendapat motivasi terakhir daripada jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee dalam satu pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan