Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 6 Jun 2018

Dua pegawai FAM ke Piala Dunia

 Subkhiddin, Christopher dapat kepercayaan FIFA terlibat dengan kejohanan di Rusia

DUA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Sub­khid­din Mohd Salleh dan Christo­pher Raj telah mendapat keperca­yaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk bertu­gas pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia yang bakal berlangsung dari 14 Jun ini hingga 15 Julai depan.
Subkhiddin sebelum ini pernah bertugas sebagai pegawai keempat pengadil perla­wanan pa­da Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kini beliau sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama ba­gi mengendalikan perla­wanan pada kejoha­nan ber­prestij di dunia itu.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin melalui laman Facebook rasmi badan induk bola sepak tersebut menzahirkan rasa bangga dan gembira susulan dua individu tersebut terpilih membawa nama negara di pentas antarabangsa.
“Saya mewakili FAM ingin meng­ucapkan selamat bertugas kepada Subkhiddin dan Christopher setelah berjaya menjadi wakil dari Malaysia untuk mengendalikan Piala Dunia 2018 di Rusia kali ini.
“FAM berasa bangga dengan pelantikan me­reka berdua serta ber­harap mereka dapat menjalankan tugas de­ngan baik, sekali gus mengharumkan nama Ma­laysia,” menurut ke­nya­taannya semalam.
Subkhiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM bertugas sebagai Jurulatih Teknikal Pengadil di Moscow, bermula 31 Mei lalu hingga 17 Julai depan dengan skop tugasannya adalah me­rancang persiapan pe­ngadil da­ri aspek teknikal, menganalisis prestasi pe­ngadil, memberi penjelasan teknikal kepada pemain dan pegawai pasukan bertanding serta memberi maklum balas mengenai prestasi pengadil sepanjang kejohanan.
Sementara itu, Christopher yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM pula akan bertugas dari 6 Jun ini hingga 10 Julai depan sebagai pegawai media untuk venue perlawanan di Stadium Spartak, Moscow dengan berperanan memastikan operasi media di venue berkenaan berjalan lancar termasuk urusan pengendalian sidang media dan fasiliti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan