Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 29 Jun 2018

Bengkel Pendidikan Pembangunan Pelesenan Kelab FAM 2018 - 'Membangunkan Juara Masa Depan: Cara Malaysia’ #FAM #HarimauMalaya

Bengkel Pendidikan Pembangunan Pelesenan Kelab FAM 2018 - 'Membangunkan Juara Masa Depan: Cara Malaysia’
Satu bengkel mengenai kriteria pembangunan telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam yang merupakan salah satu daripada lima siri bengkel yang dijalankan untuk tahun 2018 sebagai sebahagian daripada program pendidikan anjuran Unit Pelesenan Kelab FAM untuk kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab 2018.
Wakil unit pembangunan dan pegawai pelesenan kelab daripada pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier hadir pada bengkel ini.
Bengkel ini merangkumi semua aspek pembangunan seperti rangka kerja pembangunan & perlindungan pemain belia, pelan pembangunan bola sepak kebangsaan & akademi belia, rangka kerja bola sepak akar umbi Malaysia, rangka kerja pendidikan jurulatih Malaysia dan peranan pengarah teknikal.
Speaker jemputan dari AFC - Visakan Subramanian (Pegawai Pembangunan ASEAN), ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter De Roo, Ketua Unit Pendidikan Jurulatih FAM, David Abela, Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew, Pengurus dan Penolong Pengurus Unit Pelesenan Kelab FAM, Andrew Soorian dan Vijash Naidu turut dijemput bagi memberikan taklimat pada bengkel ini.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan