Semalam, Annuar menerusi laman sosial Facebook telah memuat turun borang pengesahan bertanding merebut jawatan Presiden FAM bagi penggal 2018-2021, sekali gus menamatkan teka-teki status­nya bertanding selepas mendapat pencalonan daripada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada Mei lalu.
Katanya, beliau telah bersedia untuk membantu bola sepak Malaysia ke tahap baharu jika terpilih sebagai pengganti kepada mantan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan itu pada Mac lalu.
“Terima kasih kepada Datuk Mohd. Yusoff Mahadi (selaku) pemangku Presiden FAM yang datang ke pejabat saya untuk menghantar borang pencalonan Presiden FAM.
“Saya merasakan para perwakilan Kongres FAM (pada) Julai nanti wajar diberikan peluang memilih antara alternatif yang berbagai-bagai dan berbeza secara bebas serta terbuka tetapi (ia) dalam suasana penuh semangat kesukanan.