Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 2 Mei 2018

RESULTS OF THE 2018 AFF SUZUKI CUP DRAW

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA SUZUKI AFF 2018
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos pada majlis undian di Jakarta, Indonesia hari ini.
Kejohanan tersebut akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 dengan disertai 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
Edisi ini juga akan menyaksikan sistem round-robin iaitu setiap pasukan akan beraksi dua perlawanan di gelanggang sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan terlebih dahulu sebelum dua pasukan teratas dari kedua-dua kumpulan layak ke peringkat separuh akhir secara timbal balik.
Pada edisi 2016, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan apabila mencatat keputusan satu kemenangan dan mengalami dua kekalahan.
-----
RESULTS OF THE 2018 AFF SUZUKI CUP DRAW
The national Harimau Malaya squad led by Tan Cheng Hoe has been drawn into Group A alongside Vietnam, Myanmar, Cambodia and Laos during the draw ceremony held in Jakarta, Indonesia earlier today.
The tournament will be held from the 8th November to 15th December 2018 with 10 participating nations divided into two groups of five.
This year’s edition will witness a round robin system with each team playing two home and two away fixtures. The top two teams from each group will qualify for the semi-finals which will also be played in home and away format.
In the 2016 edition, Malaysia failed to progress past the group stages as they suffered two defeats and only registered one win.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan