Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 4 Mei 2018

PINDAAN TARIKH DIBUAT ATAS PERMINTAAN PASUKAN-PASUKAN DAN DILULUSKAN LEMBAGA PENGARAH MFL PADA 5 MAC 2018

PINDAAN TARIKH DIBUAT ATAS PERMINTAAN PASUKAN-PASUKAN DAN DILULUSKAN LEMBAGA PENGARAH MFL PADA 5 MAC 2018
—————
Berkenaan tarikh perpindahan jendela kedua yang telah dipinda lebih awal telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MFL pada 5 Mac 2018 yang lepas.
Lembaga Pengarah MFL yang terdiri dari wakil-wakil pasukan sebulat suara telah membuat keputusan untuk meminda tarikh tersebut kepada 7 Mei hingga 3 Jun 2018.
Ianya berikutan permintaan dari pasukan-pasukan yang mahukan perpindahan berlaku pada titik tengah Liga Malaysia 2018.
MFL telah mengeluarkan surat pemakluman kepada 24 pasukan Liga Malaysia berkait keputusan ini pada 12 Mac 2018.
Semua keputusan berkaitan Liga Malaysia begini dibuat oleh Lembaga Pengarah MFL yang terdiri daripada wakil pasukan-pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan