Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 25 Mei 2018

Pendedahan awal Imran, Lauren


IMRAN Zakaria (kanan) dan Lauren Hoh mewakili Malaysia ke Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa 'Football For Friendship' (F4F) 2018 sempena Piala Dunia Russia 2018 bulan depan. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia ke Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa 'Football For Friendship' (F4F) 2018 mendapat pendedahan awal malam tadi apabila diberi peluang mengikuti sesi latihan skuad B-19 negara.
Imran Zakaria, 16, dan Lauren Hoh, 12, bakal membawa nama Malaysia ke program itu yang berlangsung sempena Piala Dunia Russia 2018 bulan depan.


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan 'penyertaan' Imran dan Lauren ke sesi latihan skuad kendalian Bojan Hodak itu adalah sebahagian daripada program persiapan yang diatur badan induk berkenaan buat mereka.
"Ia sebahagian daripada program persiapan bagi membolehkan Imran dan Lauren merasai sendiri pengalaman menyaksikan sesi latihan skuad B-19 kebangsaan.
"Malah, mereka juga turut mendapat tunjuk ajar serta ilmu berguna daripada Hodak sebelum berlepas ke Moscow, 8 Jun ini," menurut kenyataan FAM.
Bagi program di Moscow, Imran akan berperanan sebagai 'jurulatih muda' melatih salah satu daripada 32 pasukan campuran yang dibentuk dalam kalangan pemain berusia 12 tahun dari seluruh dunia.
Sementara itu, Lauren pula akan bertindak sebagai 'wartawan muda' bagi membuat liputan sepanjang program itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan