SETIAUSAHA
Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin bakal
berdepan cabaran Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim
Mohd. Zabidi untuk jawatan Presiden FAM dalam pemilihan Kongres FAM, Julai
depan.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak Negeri
Pahang (PBNP) telah mencalonkan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
itu bagi jawatan Presiden FAM selepas ditinggalkan mantannya, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim.
Naib Presiden PBNP, Datuk Akbar V.V Abu menerusi
satu kenyataan semalam menyebut, PBNP telah mengemukakan pencalonan Azim bagi
jawatan Presiden FAM untuk penggal 2018-2021 pada Kongres FAM ke-54 itu.
“Pencalonan Azim berdasarkan pengalaman
yang luas dimiliki beliau dan diyakini dapat memikul amanah serta
tanggungjawab sebagai Presiden FAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan