SKUAD bimbingan Bojan
Hodak itu diundi dalam Kumpulan D pada aksi Kejuaraan B-19 Konfederasi
Bolasepak Asia. - Foto FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara berdepan laluan
getir pada aksi Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (B-19) apabila diundi
bersama dua bekas juara pada majlis undian yang berlangsung di Indonesia, hari
ini.
Skuad bimbingan Bojan Hodak itu diundi dalam Kumpulan D bersama
juara dua kali, Arab Saudi; juara edisi 1985, China dan Tajiskistan pada aksi
yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November depan.
Tuan rumah, Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama Emiriah
Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Taiwan sementara juara bertahan, Jepun akan
berdepan Iraq, Thailand dan Korea Utara dalam saingan Kumpulan B.
Saingan Kumpulan C pula menyaksikan Vietnam, Vietnam, Korea
Selatan, Australia dan Jordan akan berentap sekali gus melengkapkan kesemua 16
pasukan yang menyertai edisi ini.
Anak buah Hodak akan membuka kempen bertemu Arab Saudi di
Stadium Patriot pada 20 Oktober sebelum menentang Tajikistan pada 23 Oktober di
venue sama dan menutup kempen bertemu China di Stadium Pakansari, 26 Oktober.
Malaysia menempah tiket ke saingan berprestij itu sebagai satu
daripada lima naib juara terbaik selepas menamatkan saingan di belakang Korea
Selatan pada pusingan kelayakan di Paju, Korea Selatan Oktober lalu.
Penampilan terakhir Malaysia pada kejohanan terbabit adalah pada
edisi 2006 yang berlangsung di India ketika saingan itu masih dikenali sebagai
Kejohanan Remaja AFC.
Bagaimanapun, Malaysia sekadar menamatkan saingan di peringkat
kumpulan ketika itu selepas tewas dalam semua perlawanan kepada Vietnam 1-2,
Arab Saudi (0-2) dan Iraq (0-3).
Pencapaian terbaik Malaysia adalah muncul naib juara dalam tiga
edisi iaitu 1959, 1960 dan 1968.
Undian Kejuaraan B-19
Kumpulan A: Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar,
Taiwan
Kumpulan B: Jepun, Iraq, Thailand, Korea Utara
Kumpulan C: Vietnam, Korea Selatan, Australia, Jordan
Kumpulan D: Arab Saudi, Tajikistan, China, MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan