Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 19 April 2018

FAM CLUB LICENSING EDUCATIONAL WORKSHOP 2018 – FINANCE

BENGKEL PENDIDIKAN PELESENAN KELAB FAM 2018 – KEWANGAN
Satu bengkel mengenai kewangan telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini yang merupakan salah satu daripada lima siri bengkel yang dijalankan untuk tahun 2018 sebagai sebahagian daripada program pendidikan anjuran Unit Pelesenan Kelab FAM untuk kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab 2018.
Wakil unit kewangan dan pegawai pelesenan kelab daripada pasukan-pasukan Liga Super, Liga Premier dan Piala FAM hadir pada bengkel ini.
Bengkel ini merangkumi semua aspek berkaitan kewangan seperti peranan dan tanggungjawab unit kewangan, pengurusan kewangan, belanjawan, simpan kira, penyediaan penyata kewangan, unit kewangan dan fungsinya, pengauditan kewangan asas dan kriteria kewangan pelesenan kelab FAM.
Speaker jemputan – Konsultan Kewangan AFC, Samuel Panthradil, Ketua Unit Kewangan FAM, Saeidahtun Abdullah serta Penolong Pengurus Unit Pelesenan Kelab FAM, Vijash Naidu dan wakil-wakil pentadbiran Pelesenan Kelab FAM turut dijemput bagi memberikan taklimat pada bengkel ini.
------
FAM CLUB LICENSING EDUCATIONAL WORKSHOP 2018 – FINANCE
The workshop on finance was held today at Wisma FAM, Kelana Jaya as part of a series of five workshops to be conducted in 2018 as part of the education program organised by the FAM Club Licensing Unit on the criteria set out in the FAM Club Licensing Regulations 2018.
Finance personnel and club licensing officers from the teams in the Malaysian Super League, Premier League and FAM Cup attended this workshop.
The workshop covered all aspects of financial matters such as financial roles and responsibilities, financial management, financial budgeting, bookkeeping, preparation of financial statements, finance department and its functions, basic financial auditing and FAM club licensing financial criteria.
Guest speakers – AFC Financial Consultant, Samuel Panthradil, FAM Head of Finance Department, Saeidahtun Abdullah, FAM Club Licensing Unit’s Assistant Manager, Vijash Naidu and representatives from the FAM Club Licensing administration were also invited to present at the workshop.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan