PENGGUNAAN
kerusi bernombor sudah digunakan secara meluas di stadium di Eropah. Gambar
hiasan
PENTADBIR Liga Malaysia (Liga
M), Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menyambut baik
langkah untuk memperketatkan keselamatan stadium dengan penggunaan kerusi
bernombor, namun perlu mengambil masa sesuai untuk melaksanakannya secara
menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin
Ramalingam berkata, bagi merealisasikan langkah tersebut ia memerlukan masa
sesuai yang tidak terlalu panjang kerana harus melalui proses secara
berperingkat bagi melaksanakannya.
“Kita perlu mendapat persetujuan daripada
banyak pihak kerana kebanyakan stadium dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan
(PBT) di setiap negeri bukannya kerajaan.
“Kita sememangnya menghadapi masalah
fasiliti yang terdapat di stadium untuk perlawanan Liga M terutama aspek
keselamatan namun perlu hadapinya satu persatu.
“Oleh itu kita tidak perlu melulu untuk
melaksanakannya kerana dikhuatiri banyak stadium tidak dapat digunakan untuk
Liga M jika kerusi bernombor ini dijadikan satu kewajipan dalam masa terdekat,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.
Kosmo! Sabtu lalu melaporkan cadangan
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk
Seri Zulkifli Abdullah agar stadium yang menjadi venue perlawanan Liga Malaysia
(Liga M) perlu menggunakan kerusi bernombor sebagai langkah tepat bagi
memastikan keselamatan para penyokong terjamin ketika menyaksikan perlawanan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan