Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 6 Mac 2018

Peluang jawat pengerusi FMLLP


Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), Kevin Ramalingam bercakap pada sidang akhbar berhubung isu pemotongan mata 5 pasukan di Menara OBYU, di sini hari ini.

JAWATAN Pengerusi bagi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bakal terbuka kepada pemimpin 24 pasukan yang bernaung di bawah badan itu sekiranya usul untuk mengubah perlembagaan sedia ada dipersetujui melalui mesyuarat Kongres FMLLP pada 25 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam (gambar) berkata, menerusi mesyuarat ahli lembaga pengarah, satu usul telah dikemukakan untuk meminda perlembagaan supaya FMLLP dipisahkan daripada badan induk iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, usul itu dikemukakan sebagai langkah proaktif FMLLP membangunkan liga yang lebih bermutu dan maju.

“Kongres FMLLP pada 25 Mac ini akan memutuskan perubahan perlembagaan yang ada dalam FMLLP untuk memisahkan chairmanship FMLLP daripada presidentshipFAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan