HAFIZUL HAKIM (kiri) ketika
menjalani latihan bersama rakan sepasukan baru-baru ini menyedari bahawa
Harimau Malaya bakal menghadapi saingan sengit walaupun berdepan dengan pasukan
ranking lebih rendah termasuk Bhutan, esok
KUALA LUMPUR 30 Mac - Penjaga gol Harimau Malaya, Hafizul Hakim menyifatkan pertemuan menentang Bhutan Ahad ini merupakan waktu terbaik untuk dia dan rakan sepasukan menebus kekecewaan selepas gagal mencipta kemenangan ke atas Mongolia minggu lalu.
KUALA LUMPUR 30 Mac - Penjaga gol Harimau Malaya, Hafizul Hakim menyifatkan pertemuan menentang Bhutan Ahad ini merupakan waktu terbaik untuk dia dan rakan sepasukan menebus kekecewaan selepas gagal mencipta kemenangan ke atas Mongolia minggu lalu.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe menerima kritikan
apabila terikat 2-2 menentang Mongolia yang merupakan pasukan ke-189 dunia di
Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac lalu, berbanding Malaysia yang berada
di kedudukan ke-178. Lawan mereka kali ini berada pada kedudukan ke-188 dan
Malaysia akan menentang Bhutan di venue yang sama.
Begitu pun, berdasarkan persembahan yang
dipamerkan oleh pemain Harimau Malaya dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia
2019 menentang Lebanon yang berkesudahan tewas 1-2 di tempat lawan pada Selasa
lalu, Hafizul percaya Malaysia mampu mencipta kemenangan buat kali pertama
sejak 2016.
“Setakat ini, kami tidak mengalami
kecederaan serius selepas pertemuan menentang Lebanon dan kami semua fokus
kepada perlawanan menentang Bhutan.
Bagi saya, sama ada lawan yang bakal dihadapi
mempunyai ranking lebih rendah atau tinggi bukan keutamaan, sebaliknya kami
tidak boleh memandang rendah terhadap Bhutan.
“Saya yakin sekiranya kami mampu mengekalkan
rentak permainan ketika menentang Lebanon tempoh hari, tidak mustahil untuk
kami mencipta kemenangan, namun yang penting kami tidak boleh berasa terlalu
yakin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kali terakhir Malaysia mencipta kemenangan
adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF pada 20
November 2016.
Dalam pada itu, penjaga gol Perak itu
menyedari pemain Bhutan sama seperti pemain Mongolia iaitu berstatus semi-pro
dan Hafizul mengakui situasi itu memberi tekanan kepada Harimau Malaya.
“Walaupun pemain Bhutan semi-pro, kami tidak
boleh mengambil mudah terhadap keupayaan mereka sebab bagi, bertemu dengan
pasukan seperti ini, kami lebih tertekan dan sudah tentu mereka akan
memberikan aksi terbaik kerana mahu membuktikan sesuatu.
“Tekanan sudah tentu dirasai oleh kami
berbanding menentang pasukan yang mempunyai kedudukan ranking lebih baik
daripada kami,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan