Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 1 April 2018

Bhutan mahu kejutkan Harimau


BIARPUN dianggap bakal menjadi mangsa belasahan skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan esok, pasukan Bhutan tetap sedia melakar kejutan besar.
Jurulatihnya, Trevor James Morgan menyifatkan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjadi medan terbaik untuk dia menguji kemampuan sebenar anak buahnya yang keseluruhan dibarisi pemain separuh profesional.    
Sambil menyifatkan skuad Harimau Malaya memiliki banyak kelebihan, dia bagaimanapun enggan skuad bimbingannya yang lebih dikenali sebagai Dragon Boys menyerah kalah sebelum tamat 90 minit aksi sebenar.
“Kami mahu fokus untuk meningkatkan prestasi semasa semua pemain kerana ini adalah peluang terbaik berbuat demikian. Untuk menjadi yang terbaik, kami perlu menentang pasukan yang lebih baik seperti Malaysia.
“Malaysia mempunyai kombinasi pemain muda dan senior yang baik dan sudah pasti akan memberi kesukaran kepada kami. 
“Namun, pemain saya sudah bekerja keras sepanjang latihan dan kami akan cuba memberi tentangan sengit pada perlawanan esok,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, hari ini.
Bhutan yang berada di kedudukan ke-188 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) - 10 anak tangga di belakang Malaysia, dibarisi majoriti pemain muda dan separuh profesional.
Malah, mereka juga dijangka bakal menjadi lawan mudah buat Malaysia yang dibarisi keseluruhan pemain profesional. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan