AHMAD SYIHAN AZMI
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Ujian ke atas sampel B
air kencing penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Ahmad Syihan Hazmi
didapati mengandungi bahan terlarang metabolite methandienone, sama seperti
keputusan ke atas sampel A.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika mengesahkan hasil ujian berkenaan
berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) yang memaklumkan keputusan ujian doping ke atas pemain muda itu, namun
hukuman terhadap Ahmad Syihan masih belum diputuskan walaupun dia
berkemungkinan berdepan penggantungan bermain selama dua hingga empat tahun.
Ujian doping ke atas sampel A air kencing penjaga gol itu, yang diambil sewaktu Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China bulan lalu, didapati positif dan Ahmad Syihan meminta ujian kedua dilakukan.
Ujian doping ke atas sampel A air kencing penjaga gol itu, yang diambil sewaktu Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China bulan lalu, didapati positif dan Ahmad Syihan meminta ujian kedua dilakukan.
“Hari ini keputusan mengenai sampel B...Syihan
adalah positif. AFC telah menghantar surat kepada kami dan hukuman hanya akan
diputuskan selepas mesyuarat jawatakuasa tatatertib badan induk Asia itu,”
katanya selepas menghadiri Seminar Keselamatan FAM 2018 di sini, hari ini.
Syihan, 22, sebelum ini mengakui ada mengambil
makanan tambahan berbentuk protein yang mungkin menjadi penyebab dia disahkan
mengambil bahan terlarang metabolite methandienone pada ujian pertama
itu.
Katanya, makanan tambahan yang diambilnya sejak
Mei tahun lalu itu hanya untuk tujuan kecergasan selepas menjalani latihan.
Pemain berusia 22 tahun itu dipilih secara rawak
untuk menjalani ujian doping dalam Kejohanan AFC B-23 selepas perlawanan
pertama Kumpulan C bertemu Iraq di Stadium Changshu pada 10 Januari lalu.
Syihan tidak beraksi langsung dalam kejohanan
setelah ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan Datuk Ong Kim Swee memilih Ifwat
Akmal Chek Kassim dalam perlawanan bertemu Iraq, sebelum Haziq Nadzli bertugas
mengawal gawang untuk tiga perlawanan berikutnya sehinggalah Malaysia tewas 2-1
kepada Korea Selatan dalam suku akhir.
Pada 6 Februari lalu, FAM menerima surat daripada
AFC yang menyatakan bahawa ujian sampel A yang diambil pada 10 Januari
mendapati Syihan positif metabolite methandienone, sejenis bahan larangan dalam
senarai Agensi Antidoping Dunia (WADA).
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib dan Etika AFC memutuskan bahawa Syihan bersalah melanggar Artikel 6
Peraturan Antidoping AFC dan dikenakan penggantungan sementara selama 60 hari
daripada mengambil bahagian dalam segala aktiviti bola sepak termasuk
perlawanan domestik, perlawanan persahabatan dan perlawanan rasmi.
Dalam perkembangan lain, Hamidin turut
memberitahu FAM akan menambah untuk melakukan ujian doping secara rawak setelah
sebelum ini hanya mengenakan ke atas pemain Liga Super dan Liga Perdana serta
perlawanan penting Piala FA dan Piala Malaysia.
“Kami memang ada buat ujian doping dan untuk
tahun ini kami tambahkan lagi jumlahnya menjadi satu kali ganda iaitu daripada
32 kepada 60 hingga 70,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan