CHANGSHU, China 12 Jan. - Walaupun di atas
kertas Jordan merupakan pasukan pilihan namun skuad bawah 23 (B-23) negara
tidak mempunyai pilihan selain memenangi perlawanan kedua Kumpulan C Kejuaraan
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Changshu, esok.
Malaysia menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa
sebarang mata selepas dibelasah 4-1 oleh Iraq dalam perlawanan pertama Rabu
lalu manakala Jordan di tempat ketiga berkongsi satu mata dengan Arab Saudi.
Iraq berada di tangga teratas apabila mengutip tiga
mata.
Jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata,
peluang negara untuk layak ke peringkat suku akhir masih terbuka dengan hanya
memenangi pertemuan menentang Jordan walaupun menyedari mereka adalah lawan
yang sukar.
“Peluang masih ada untuk layak walaupun kita
tewas dalam aksi pertama, cuma kita tidak boleh kalah menentang Jordan.
“Saya tidak nafikan, atas kertas Jordan pasukan
pilihan selain Arab Saudi yang memiliki kekuatan seimbang dan hampir sama
dengan Iraq,” katanya ketika ditemui pemberita di Padang Latihan Haiyu, di sini
hari ini.
Skuad Al-Nashama mempunyai rekod yang baik
apabila memenangi tempat ketiga dalam edisi pertama pada 2013 serta layak ke
peringkat suku akhir dua tahun lalu.
Antara pemain berbahaya dimiliki Jordan ialah
kapten, Baha Faisal Mohammad yang meledak dua gol ketika seri 2-2 menentang
Arab Saudi pada Rabu lalu.
Berdasarkan aksi pertama Jordan, skuad kendalian
Iain Richard Brunskill bijak mengatur serangan malah Arab Saudi sukar memasuki
kawasan kotak penalti mereka.
Bagaimanapun, kesilapan di saat akhir telah
menyebabkan Jordan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-b-23-wajib-menang-1.589417#ixzz541m6pP6e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-b-23-wajib-menang-1.589417#ixzz541kSxrZw
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-b-23-wajib-menang-1.589417#ixzz541m6pP6e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-b-23-wajib-menang-1.589417#ixzz541kSxrZw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ong Kim Swee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan