Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 13 Januari 2018

Skuad B-23 pamer aksi bertenaga

CHANGSHU, China 13 Jan. - Peluang skuad bawah (B-23) negara untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata menentang Jordan dalam perlawanan kedua Kumpulan C Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) hampir menjadi kenyataan apabila terikat 1-1 pada babak pertama di Stadium Changshu, sebentar tadi.

Skuad kendalian Iain Richard Brunskill terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-16 menerusi rembatan Ward Helal Khalid Al setelah menerima hantaran daripada Mohammad Mahmoud Hashem Al razem.
Usaha skuad B-23 negara untuk menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menyempurnakan penalti pada minit ke-43.
Skuad negara dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Ko Hyung Jin selepas pertahanan Jordan, Saed Ahmad Salameh menjatuhkan Akhyar Rashid.
Aksi babak kedua, skuad negara mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun percubaan Akhyar sekadar menggegar tiang pasukan lawan, disusuli rembatan deras Matthew Davies yang berjaya diselamatkan penjaga gol Jordan. - UTUSAN ONLINE

MUHAMMAD Safawi Rasid berjaya meledakkan gol kedua peribadinya di Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan