Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 19 Januari 2018

‘Masa untuk tekan gear 2’

KUNSHAN, China – Sejarah telah dilakar tetapi ia masih belum cukup buat pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham untuk terus membantu skuad bawah 23 tahun (B-23) negara melakar kegemilangan di pentas antarabangsa.
Selasa lalu, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee melakar kejutan apabila layak ke pusingan suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 dengan menewaskan pasukan pilihan, Arab Saudi 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Kunshan.
Lebih membanggakan, Malaysia menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya layak ke pusingan suku akhir AFC B-23 disusuli kejayaan Vietnam yang berjaya mengikat Syria tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan D kelmarin.
Cabaran lebih sukar bakal menanti pasukan muda negara apabila Korea Selatan menjadi lawan buat skuad Kim Swee di peringkat suku akhir.
Namun, Danial Amier me­ngakui rakan sepasukan teruja untuk mengulangi persembahan lebih positif dan bersemangat untuk bertemu Korea Selatan biarpun naib juara edisi kedua AFC B-23 itu menjadi pasukan pilihan.
“Kita telah melepasi ujian getir di peringkat kumpulan yang mana semua tahu Iraq adalah bekas juara (edisi pertama AFC B-23 2013), Arab Saudi (naib juara AFC B-23 2013) dan Jordan adalah pemenang ketiga AFC B-23 2013.
“Malaysia tidak diberikan sebarang harapan tetapi dengan motivasi jurulatih, kami berjaya memberikan satu kejayaan yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pihak.
“Kita telah bermain dengan pasukan-pasukan dari Arab pada peringkat kumpulan yang mana kita tahu mereka memiliki kelebihan saiz fizikal berbanding kami.
“Kita berjaya melepasi ujian itu tetapi lain pula caranya bertemu Korea Selatan yang cukup ampuh setiap posisi, tetapi tidak bermakna ia akan menjadi mudah buat mereka.
“Secara peribadi, kejayaan suku akhir belum memuaskan buat skuad negara kerana kami masih berada di landasan terbaik. Sejujurnya, kami mahu pergi lebih jauh. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan ini adalah masa terbaik untuk ‘tekan gear 2’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kunshan, semalam.

DANIAL AMIER berharap rakan sepasukan tidak memberi laluan mudah kepada Korea Selatan menjelang aksi suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di Kunshan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan