Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 19 Januari 2018

Malaysia belum puas

Para pemain muda negara berkobar-kobar buru kemenangan, biarpun sedar kekuatan Korea Selatan

PERJUANGAN skuad muda negara belum berakhir apabila bakal menempuh laluan sukar berdepan pasukan besar, Korea Selatan pada suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di Stadium Kunshan esok.
Status sebagai naib juara AFC B-23 edisi kedua, tidak menimbulkan rasa gentar skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee, malah mereka lebih bersemangat untuk melakar kejutan kedua selepas mengecewakan Arab Saudi 1-0 Selasa lalu.
Meskipun pasukan bimbingan Kim Bong-gil itu lengkap dari semua aspek sama ada fizikal, teknik dan taktikal, namun para pemain muda negara enggan menyerah kalah.
“Kita berjaya melepasi ujian berdepan pasukan dari Timur Tengah, tetapi lain pula caranya bertemu Korea Selatan yang cukup ampuh setiap posisi, tetapi tidak bermakna ia akan menjadi mudah buat mereka.

“Layak ke suku akhir belum memuaskan, kerana kami berada di landasan terbaik untuk pergi lebih jauh,” ujar penjaring gol kemenangan Malaysia ketika menentang Arab Saudi, Danial Amier Norhisham.
 PARA pemain muda negara tidak sabar menguji kekuatan dengan Korea Selatan pada aksi suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Kunshan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan