Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Skuad B-19 akhirnya menang


Pemain skuad B-19 Muhammad Umar Hakeemsuhar dihalang pemain Negeri Sembilan, N Javabilaarivin pada aksi persahabatan di Padang Kelab Sime Darby FC, Bukit Jelutong hari ini. - BERNAMA

SHAH ALAM: Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara berjaya mengelak daripada 'hatrik' kekalahan apabila menewaskan skuad bawah 21 tahun (B-21) Negeri Sembilan 2-1 pada aksi persahabatan di Bukit Jelutong, petang tadi.
Sekalipun keputusan perlawanan itu tidak memberikan sebarang makna, namun setidak-tidaknya keputusan positif itu harus mengembalikan semula moral kanak buah Brad Maloney yang dibelasah dua kali pada aksi persahabatan sebelum ini.
Pada aksi persahabatan pertama, mereka tewas 6-1 di tangan pasukan Liga Super, PJ City FC sebelum sekali lagi tumbang 4-0 di tangan pasukan Liga Perdana, Selangor II.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Maloney tampak berpuas hati dengan kebangkitan yang ditunjukkan anak buahnya dan sekali lagi menegaskan keputusan perlawanan tidak begitu penting ketika ini.
"Kalah atau menang, itu bukan objektif utama kerana apa yang penting, kita mahu melihat peningkatan. Saya gembira kerana banyak perkara positif dapat disaksikan tadi.
"Kombinasi pemain juga lebih teratur, mereka memberi tekanan kepada lawan dengan baik selain tidak terlalu kerap hilang bola dan posisi. Kombinasi individu antara beberapa pemain juga tampak lebih baik.
"Memang keputusan perlawanan tidak penting, tetapi keputusan ini baik buat pemain saya. Kita menjadi bertambah baik dan pemain nampak dengan jelas apa yang sepatutnya dilakukan di atas padang," katanya.
Pada aksi terbabit, skuad B-21 Negeri Sembilan bagaimanapun mendahului menerusi penyudah N Javabilaarivin pada minit ke-39 sebelum Khairi Suffian Khaineyusri menyamakan kedudukan dua minit berselang.
Gol kemenangan skuad B-19 negara dijaringkan Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid pada minit ke-87.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan