Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Primeira Portugal?

pawi

Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Portugal?

Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan bakal berhijrah ke eropah menyertai kelab dari liga Portugal iaitu Portimonense S.C. menurut laporan daripada portal bola sepak negara itu, Ojogo.
Kelab kendalian Paulo Sergio itu dikatakan telah bersetuju dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menandatangani safawi dengan beberapa klausa tambahan yang ditetapkan namun tidak mendedahkan jumlah yuran perpindahan tersebut.
Portimonense S.C juga telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan dan mereka menyifatkan pemain yang berusia 23 tahun itu merupakan antara pemain muda paling berbakat di Asia.
Prestasi cemerlang Safawi ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.
Malah, laporan berita dari Portugal itu turut menyebut Portimonense telah mencapai persetujuan lisan semalam hasil perbincangan wakil kelab, Theodoro Fonseca bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).
Selain itu, pengurus pasukan, Paulo Sergio juga kini sedang mencari seorang lagi pemain sayap untuk beraksi pada musim baharu sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Safawi ke Liga Portugal.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab itu dan jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ia adalah berita yang cukup mengembirakan bagi peminat bola sepak tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan