Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

EgP9jEXX0AE5mxz

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

Selepas menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, penyerang muda negara Luqman Hakim kini sudah mula tinggal bersama keluarga angkatnya di Belgium.
Perkara ini sebenarnya amat kritikal kepada mana-mana pemain muda sekalipun untuk membantu mereka lebih cepat menyesuaikan diri dengan norma serta cara hidup baru dinegara orang dengan bantuan dan tunjuk ajar dari keluarga angkat.
Berita mengenai Luqman Hakim ini memang mendapat perhatian dari peminat bola sepak di Asia Tenggara, dan kami ingin berkongsi mengenai komen dari seorang penulis bola sepak terkenal Indonesia berkaitan peranan keluarga angkat kepada karier seorang pemain.
Seperti yang dinyatakan oleh beliau, tinggal bersama keluarga angkat di Belgium bakal mempercepatkan pertumbuhan psikologi dan membantu Luqman menjalani kehidupan seharian secara normal.
Selain itu, Aun Rahman menjelaskan bahawa kesukaran yang sebenarnya adalah kadang-kadang bukan dari ‘kehidupan’ dalam dunia bola sepak itu sendiri namun lebih melibatkan bagaimana cara hidup seseorang pemain bola sepak itu sehari-hari diluar dari aktiviti bola sepaknya.
Begitu juga dengan komen-komen positif dari Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Luqman Hakim untuk terus berjuang bukan sahaja mencari tempat dalam pasukan tetapi mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk dikongsikan kepada anak muda lain demi mencipta bola sepak Malaysia yang gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan