Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Les' Copaque taja FAS RM120,000


 SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini menandatangani perjanjian dengan Les' Copaque yang menjadi salah satu penaja utama program pembangunan bola sepak akar umbinya, FAS Soccer School.


Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, peneraju industri animasi negara itu bersetuju menaja FAS Soccer School sebanyak RM120,000 untuk tempoh setahun.


"Alhamdulillah, Les' Copaque bersetuju menaja untuk permulaan sebanyak RM120,000 setahun, jumlah yang diberikan sangat mencukupi untuk permulaan.
"Perjanjian ini bergantung kepada usaha dan prestasi yang ditonjolkan oleh kami. Semakin banyak sekolah yang menyertai program ini, jumlah penajaan juga akan bertambah.
"FAS akan ketengahkan lebih banyak bakat baharu, kita akan buktikan yang kita boleh melakukannya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian bersama di antara FAS dan Les' Copaque di Les' Copaque Production Headquarters di sini, hari ini.
Dengan termeterai perjanjian itu, secara rasmi Les' Copaque Production Sdn Bhd diumumkan sebagai Rakan Program Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi Rasmi Red Giants.
Majlis berkenaan dihadiri Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pengarah Urusan Les' Copaque Burhanuddin Mohd Radzi.
Johan Kamal berkata, sehingga kini sebanyak enam sekolah rendah dengan kira-kira 500 orang murid sudah menyertai program berkenaan.
"Kita menyasarkan sebanyak 12 buah sekolah akan menyertai program itu menjelang hujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata, FAS juga berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kerana Les' Copaque  bukan sahaja satu jenama animasi yang bertaraf antarabangsa, malah dekat di hati kanak-kanak di Malaysia, khususnya dalam rancangan animasi Upin & Ipin.
"Jadi, untuk program FAS Soccer School mencapai objektifnya, kerjasama erat antara dua entiti ini dilihat mampu dilihat sebagai pemangkin untuk FAS menyemai minat terhadap sukan bola sepak dalam kanak-kanak, khususnya yang tinggal di negeri Selangor," katanya.
Sementara itu, Burhanuddin berkata, sebagai anak jati Selangor, usaha yang dilakukan Les' Copaque itu sebagai sumbangan kepada komuniti di Selangor.
"Saya lebih suka bekerja dari bawah untuk mencungkil bakat baharu dari peringkat usia muda.
"Harapan kami untuk melihat lebih ramai kanak-kanak aktif bermain bola sepak dengan pembabitan kami dan mungkin satu hari nanti akan ada bakat baharu lahir daripada program ini," katanya.
Tengku Amir Shah (tiga dari kanan) dan Burhanuddin (tiga dari kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Selangor di ibu pejabat Les' Copaque Production Sdn Bhd, Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar



Tengku Amir Shah (tiga dari kanan) dan Burhanuddin (tiga dari kiri) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dan Persatuan Bola Sepak Selangor di ibu pejabat Les' Copaque Production Sdn Bhd, Shah Alam. - NSTP/Faiz Anuar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan