Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

'Kami bukan pengasuh'


Stuart gesa pasukan Liga M bertindak secara profesional.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan mereka tidak boleh sentiasa mengingatkan semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) supaya mematuhi janji membabitkan pembayaran gaji ataupun tunggakan yang dihadapi kepada pemain dan jurulatih masing-masing.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menegaskan ini kerana bola sepak kini sudah menjadi arena yang profesional di mana setiap pasukan perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dan tahu impak yang akan diterima sekiranya gagal mematuhi deklarasi statutori (SD) seperti yang dipersetujui.
"Kita boleh hukum pasukan yang tidak membayar gaji tepat pada masanya tetapi kami bukan pengasuh.
"Pada era bola sepak profesional ini, saya tidak boleh tanya kepada setiap pasukan contohnya tolong tunjukkan penyata bank, transaksi pembayaran yang dibuat atau pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada saya setiap bulan.
"Kita melayan mereka seperti orang dewasa. Jadi, dengan liga bertaraf profesional, sudah tentulah mereka juga perlu bertindak secara profesional," katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada pelaksanaan SD akan memberi peluang untuk pasukan tidak membayar gaji pada waktu yang sepatutnya kerana mereka boleh mengatur semula pembayaran dengan pemain, Stuart menjelaskan sekurang-kurangnya SD dapat menjamin hak pemain untuk mendapat apa yang sepatutnya diterima oleh mereka.
"Kita sebenarnya mencari jalan yang dirasakan wajar bagi memastikan pemain dapat dibayar. Tahap profesionalisme pasukan dan hubungan dengan pemain sangat penting.
"SD memberikan kuasa kepada FAM untuk mengambil tindakan ke atas pasukan yang melanggar perjanjian yang dipersetujui dengan pemain. Langgar sahaja kontrak, kita terus potong mata.
"Bukan itu sahaja, kita juga terus memantau untuk memastikan pembayaran dibuat mengikut apa yang dijanjikan dalam SD atau pembayaran mengikut cara yang boleh diterima pemain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan