Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 5 April 2018

Presiden FAM, Annuar berteka teki

KOTA BHARU 5 April - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih berteka teki untuk menawarkan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 


ANNUAR MUSA

Ahli Parlimen Ketereh itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini tidak mahu membincangkan perkara tersebut buat masa sekarang kerana tumpuannya pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Banyak orang tanya. Saya mudah saja. 

Saya nak buat kerja satu-satu. Dulu saya tarik diri tak bertanding FAM waktu itu, kerana saya nak tumpukan kerja-kerja saya sebagai Ketua Penerangan dan sebagainya.

"Kita ada masa tiga empat bulan lagi, saya nak fokus kepada pilihan raya, saya tak perlu komen dulu mengenai FAM, pencalonan pun tutup Mei ini, jangan pikul banyak sangat beban," katanya. 

Pada Mac 2017, beliau membuat kejutan apabila menarik diri pada saat akhir untuk bertanding jawatan Presiden badan induk bola sepak negara itu bagi memberi laluan kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Tunku Ismail yang memenangi jawatan Presiden FAM tanpa bertanding bagaimanapun meletakkan jawatan baru-baru ini.

Ekoran daripada itu pemilihan presiden baharu FAM akan diadakan dalam Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai ini.


FAM

Sementara itu, Annuar berkata, beliau tidak kisah dicalonkan oleh KAFA untuk bertanding jawatan tersebut. 


"Itu tidak jadi masalah, kalau nak bertanding cuma perlukan satu pencalonan sahaja. Hendak dapatkan satu pencalonan tidak susah.


"Tapi macam saya kata tadi tak perlu kita komen dulu. Lebih baik saya tumpukan kepada persiapan pilihan raya, lepas itu kalau kita nak bincang pasal bola kita bincang," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan