Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 5 April 2018

Mutu pengadilan perlu dipertingkat


SUBKHIDDIN menyifatkan penggunaan AAR mampu membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat dan rasional.

PENGERUSI Jawatan–kuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd. Salleh berharap penggunaan penolong pengadil tambahan (AAR) dalam perlawanan peringkat atasan dapat dipraktikkan secara menyeluruh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

AAR ketika ini hanya digunakan pada peringkat suku akhir hingga final saingan Piala FA dan Piala Malaysia serta beberapa perlawanan tumpuan berikutan faktor kos yang menjadi penghalang.

Subkhiddin berharap FAM dapat melihat penggunaan AAR sebagai satu usaha untuk meningkatkan mutu pe–ngadil ketika membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan rasional.

“Apabila AAR digunakan, keputusan yang lebih jelas tanpa meragukan dapat dibuat dengan baik serta meyakinkan berikutan kedudukan mereka selari dengan garisan gol dalam kawasan kotak penalti.

“Kita yakin serta boleh mengatakan AAR ini penting dalam sesebuah perlawanan selepas melihat kualiti keputusan pengadil dalam tempoh percubaan selama dua musim Liga M sebelum ini.

“Walaupun pengadil tengah kurang pasti membuat keputusan kritikal, kehadiran AAR dapat membantunya kerana mereka lebih hampir dengan situasi kejadian, terutamanya menentukan hukuman penalti perlu diberikan atau sebalik–nya,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

AAR setiap perlawanan akan dipilih dalam kalangan pengadil mengikut kelas masing-ma–sing seperti pertembungan Liga Super hanya memilih pengadil yang pernah mengendalikan liga tersebut sahaja.

Tambah Subkhiddin, tugas AAR sangat membantu pe–ngadil utama untuk melakukan keputusan yang terjadi dalam kawasan kritikal, ter–utamanya kotak penalti.

“Situasi ini sering terjadi apabila berlaku serangan balas yang menyebabkan pe–ngadil utama tidak sempat berada di kedudukan yang paling hampir dengan bola.

“AAR dapat membantu melihat dengan lebih jelas situasi sebenar yang terjadi dalam kotak penalti kerana sesuatu keputusan di kawasan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada setiap pa–sukan.

“Malah, AAR juga dapat membantu pengadil utama untuk membuat keputusan sesuatu jaringan itu sah di–terima sebagai gol atau sebaliknya,” ujarnya.

Jumlah pengadil akan bertambah dua orang sekiranya AAR dipraktikkan kerana sebelum ini hanya memerlukan empat individu bagi mengendalikan sesuatu perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan