Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 4 April 2018

Hamidin ada Faktor X


BEKAS Setiausaha Agung FAM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad. - Foto Izhari Ariffin

KUALA LUMPUR: Setiap era kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memerlukan corak kendalian yang berbeza sekali gus menyaksikan Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin memiliki 'Faktor X' yang diperlukan untuk memimpin badan induk itu ketika ini.
Jelas bekas Setiausaha Agungnya, Tan Sri Dr Ibrahim Saad, FAM buat masa ini memerlukan seseorang yang berpengetahuan luas dalam pentadbiran sukan dan beliau melihat Hamidin memiliki kebolehan itu.
"Kita tidak boleh samakan setiap era yang pernah diterajui oleh beberapa presiden sebelum ini. Berbeza eranya jadi berbezalah keperluannya.
"Kalau dahulu, kita perlukan ahli politik jadi sebab itulah kita ada Tan Sri Hamzah Abu Samah sebagai Presiden.
"Selepas itu kita perlukan pengaruh golongan diraja jadi sebab itulah FAM dipimpin oleh tiga Presiden dalam kalangan kerabat diraja seperti sebelum ini. Namun ketika ini, kita perlukan individu yang ada pengalaman luas dari segi pentadbiran sukan.
"Bukan setakat tahu mentadbir persatuan sukan dengan baik tapi ada hubungan baik dengan beberapa pihak jadi sebab itulah berdasarkan kriteria ini, Hamidin memang layak. Malah, Hamidin tidak berdepan halangan kerana mendapat sokongan Exco FAM sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kelmarin, menerusi mesyuarat khas pertama Exco FAM bagi penggal 2017-2021, Hamidin dicalonkan sebagai presiden baharu susulan peletakan jawatan penyandangnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 25 Mac lalu.
Hamidin yang memegang jawatan Setiausaha Agung sejak 2013 di bawah teraju tiga presiden mengesahkan bersedia untuk merebut jawatan nombor satu itu selepas mendapat sokongan penuh Exco FAM.
Sehubungan itu, FAM mengedarkan kertas pencalonan kepada 20 ahli gabungan untuk menamakan calon pilihan masing-masing bagi merebut 'kerusi panas' itu hingga pencalonan ditutup pada 11 Mei ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan