Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 4 April 2018

FAM jalin kerjasama dengan Dotcomsport


SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) bersama wakili pengarah Dotcomsport, Johan Henkes (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Aspek pembangunan pemain bola sepak di negara ini akan menginjak ke fasa lebih maju selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Belanda, Dotcomsport.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM, kerjasama yang memfokuskan untuk membantu pembangunan pemain itu dimeterai dalam satu perjanjian di Wisma FAM, hari ini.
FAM diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin sementara Dotcomsport yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas bekerja dengan pelbagai inisiatif berkaitan pembangunan bola sepak diwakili pengarahnya, Johan Henkes.
Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo berkata, Dotcomsport menawarkan sistem pembangunan pemain lebih meluas selain perkhidmatan lain seperti penyusunan pasukan dari segi formasi serta taktikal, komunikasi antara pemain dan jurulatih, persediaan digital untuk latihan dan perlawanan, analisis dan juga reviu perlawanan.
Katanya, sistem itu turut memberikan penekanan terhadap penggunaan video sebagai alat keperluan semasa latihan.
"Dengan sukacitanya, FAM mengumumkan perjanjian bersama Dotcomsport untuk memperkenalkan sistem pemantauan pemain yang akan membantu meningkatkan perkembangan pemain kami.
"Ini satu lagi medium bagi jurulatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan sistem pemantauan pemain ini akan menjadi satu langkah terhadap pembangunan pemain elit kami," katanya.
Pada majlis sama, FAM turut memperkenalkan kakitangan baharunya membabitkan barisan kejurulatihan, pasukan pencari bakat, pasukan doktor dan juga pasukan penganalisis video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan