Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 4 April 2018

2 wakil negara sertai F4F


SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Imran (tiga dari kiri) yang ditemani bapanya, Zakaria Zahari (kanan), ibunya, Orked Ahmad serta Lauren dan ibunya, Sophia Chow (kiri) di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Foto 
FAM

KUALA LUMPUR: Dua pemain bola sepak muda, Imran Zakaria dan Lauren Chow akan mewakili Malaysia untuk Projek Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa - 'Football For Friendship' (F4F) 2018 di Moscow, Russia sempena Piala Dunia FIFA 2018.
Program yang dikelola PJSC Gazprom dan mendapat sokongan penuh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu akan berlangsung dari 8 hingga 15 Jun ini.
Imran, 16, akan berperanan sebagai jurulatih muda bagi melatih salah satu daripada 32 pasukan campuran yang dibentuk dalam kalangan pemain berusia 12 tahun dari seluruh dunia manakala Lauren pula bertindak sebagai wartawan muda bagi membuat liputan sepanjang program berkenaan.
Memasuki edisi keenam, ini adalah kali pertama Malaysia dijemput bagi menghantar wakil ke program F4F dan lebih menarik kedua-dua wakil berkenaan turut akan berpeluang terbabit dalam upacara perasmian Piala Dunia FIFA 2018 dan menyaksikan perlawanan sulung antara Russia menentang Arab Saudi di Stadium Luzhniki pada 14 Jun.
Pengerusi Lembaga Pengarah PJSC Gazprom, Viktor Zubkov berkata ini adalah kali pertama atlet muda dari seluruh dunia akan bersama dalam satu padang bola sepak.
"Kita mahu menyatukan masyarakat dunia di sebalik prinsip kesamaan dan menghormati antara satu sama lain.
"Projek ini adalah elemen penting dalam proses itu dan memberi peluang kepada semua," kata Zubkov dalam satu kenyataan.
Menerusi kenyataan sama, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menzahirkan ucapan terima kasih kepada FIFA dan Gazprom kerana menjemput wakil Malaysia buat kali pertama menyertai program berkenaan.
"Ini adalah kali pertama Malaysia menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam program F4F dan kami berharap jurulatih muda yang dipilih akan mendapat manfaat bermakna sepanjang program dan akan membawa pulang pengetahuan serta pengalaman berharga ke negara ini," kata Hamidin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan