Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 April 2018

Malaysia ratah Bhutan



PEMAIN negara, Akram Mahinan (kiri) melakukan percubaan sambil dihalang pemain Bhutan, Orgyen Wangchuk pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

SKUAD Harimau Malaya akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan selepas menang besar ketika membelasah pasukan di ranking ke-188 dunia, Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan rekod 12 perlawanan tanpa kemenangan selepas kali terakhir melakukannya ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016.

Dalam aksi itu, kapten pasukan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak muncul wira apabila meledak empat gol pada minit ke-19, 36, 40 dan 54.

Turut mencipta nama selaku penjaring buat Malaysia ialah Wan Zack Haikal Wan Noor, Irfan Zakaria dan Syafiq Ahmad selepas masing-masing meledak gol pada minit ke-10, 28 dan 74.

Kemenangan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu juga melenyapkan derita Harimau Malaya selepas seri 2-2 kepada Mongolia di venue sama serta tewas 1-2 kepada Lebanon pada aksi terakhir Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut baru-baru ini.

Kejayaan menumpaskan Bhutan yang dibarisi masing-masing lima pemain sekolah menengah dan penuntut universiti selain kakitangan kerajaan serta pekerja sektor swasta sekali gus mampu menaikkan kembali semangat penyokong Harimau Malaya yang terkesan selepas ranking skuad negara jatuh tiga anak tangga ke-178 dunia bulan lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan