Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 3 April 2018

'Kerja gila mahu lawan Hamidin'

Yusoff akui tiada calon boleh tandingi Setiausaha Agung FAM rebut kerusi No. 1


YUSOFF (tengah) bersama Hamidin (kanan) dan Subahan bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menyifatkan ia menjadi satu perbuatan ‘gila’ jika ada mana-mana calon menawarkan diri untuk bertanding melawan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagi me–rebut jawatan presi–den badan induk bola sepak negara itu pada Kongres FAM yang dijangka berlangsung 14 Julai depan.

Semalam, barisan Exco FAM bersetuju menerima surat peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM, sekali gus satu pemilihan akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Yusoff berkata, mana-mana individu yang dicalonkan daripada ahli-ahli gabungan FAM boleh bertanding jawatan Pre–siden FAM, namun menyifatkan ia akan menjadi langkah sia-sia untuk melawan Hamidin.

Ini kerana, Yusoff menganggap kewibawaan serta pengalaman luas Hamidin dalam arena bola sepak tempatan antara faktor utama mengapa beliau layak menjadi presiden baharu FAM.

“Saya harap keputusan sebulat suara Exco FAM tadi memberi satu isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM.

“Bola sepak negara tidak mampu lagi berdepan kemelut memandangkan kita dalam proses membina satu landskap berbeza untuk menjadikan bola sepak negara lebih baik.

“Justeru, mana-mana calon lain yang mahu bertanding harus memikirkan kesannya kepada negara, bukan kata tidak boleh bertanding. Perkara ini juga sudah diperjelaskan kepada semua Exco FAM.

“Kalau nak dikirakan jawatan Presiden FAM, saya pun paling dekat (bertanding), Datuk Seri Subahan Kamal sebagai Timbalan Presiden FAM pun pa–ling dekat (bertanding), namun masing-masing menolak agenda peribadi bagi menentukan perubahan ini dapat beri kesan lebih baik kepada bola sepak negara,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan sama, Hamidin mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Pre–siden FAM selepas mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Saya begitu terharu dengan sokongan daripada Exco FAM yang semuanya dengan satu niat iaitu supaya peralihan dapat dijalankan dengan baik selain kita mahu melihat sukan bola sepak negara tidak tersekat atau berada dalam kemelut.

“Saya melihat sokongan ba–nyak pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan saya memikirkan dari pelbagai sudut, jadi saya ingin memaklumkan saya bersedia bertanding jawatan Presiden FAM pada Kongres 14 Julai nanti,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan