Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 2 April 2018

Harimau Malaya 'amuk' di Bukit Jalil


Barisan pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan sebentar tadi. Foto oleh HAFIZ JOHARI

SKUAD Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan pertama di pentas antarabangsa sejak November 2016 selepas menewaskan Bhutan 7-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu tidak berdepan masalah untuk meratah pasukan pelawat selepas ketua pasukan, Zaquan Adha Abd. Razak berada dalam kelas tersendiri dengan meledak empat gol dalam tempoh 35 minit.

Sementara itu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Muhammad Irfan Zakaria  dan Syafiq Ahmad turut mencetak nama sebagai penjaring untuk mengakhiri badi tanpa kemenangan pasukan negara dengan kemenangan bergaya. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan