SETIAUSAHA Agung FAM,
Datuk Hamidin Mohd Amin sahkan bertanding jawatan presiden. - Foto OWEE AH CHUN
aziman@nstp.com.my
PETALING JAYA: Ahli Exco
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi sebulat suara menerima
peletakan jawatan Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada badan induk
itu.
Keputusan dicapai menerusi
Mesyuarat Khas Pertama Exco FAM Bagi Penggal 2017-2021 itu turut menyaksikan,
Timbalan Presiden, Datuk Wira Yusoff Mahadi dilantik sebagai pemangku Presiden
seperti yang disyorkan oleh Tunku Ismail sebelum ini.
Yusoff, yang juga Timbalan
Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bakal memikul tugas selaku
pemangku sehingga pemilihan baru pada Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai depan.
Sementara itu, Setiausaha
Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin juga mengesahkan akan bertanding merebut
jawatan Presiden pada Kongres itu selepas mendapat sokongan penuh daripada Exco
FAM.
Mesyuarat Khas FAM kali ini
mendapat tumpuan meluas selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail
mengumumkan peletakan jawatan genap setahun beliau dilantik sebagai Presiden
Badan induk itu pada 25 Mac lalu.
Biarpun tidak bersama FAM,
pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menerima pelantikan sebagai
Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pada hari yang sama peletakan
jawatannya.
© New Straits Times Press
(M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan