Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 3 April 2018

Hamidin presiden baharu FAM?


HAMIDIN MOHD. AMIN (kanan) bersama Yusoff Mahadi dan Subahan Kamal (kiri) dalam sidang akbar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. UTUSAN/NASIRRUDDIN

KUALA LUMPUR 2 April - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi isyarat kepada mana-mana individu yang ingin bertanding untuk kerusi No. 1 badan induk tersebut agar memikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Ini kerana FAM sebulat suara mahu memilih Setiausaha Agung­nya, Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk memimpin badan induk tersebut selepas mereka menerima peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2017-2021 pada hari ini.

Tunku Ismail melepaskan jawatan Presiden FAM pada 25 Mac lalu selepas ranking Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga menduduki tangga ke-178 dan selepas mengadakan mesyua­rat tersebut, Timbalan Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dipilih sebagai pemangku.

“FAM sebulat suara bersetuju menerima peletakan jawatan Tunku Ismail dan walaupun berat hati, namun kami terpaksa menerimanya. 

Selepas menerima pencalonan daripada Timbalan Pre­siden, Datuk Seri Subahan Kamal saya telah dipilih sebagai pemang­ku presiden hingga Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai ini.

“Selain itu, kami turut membincangkan bahawa Datuk Hamidin akan dipilih sebagai Presiden FAM yang baharu dalam Kongres FAM ke-54 seperti mana yang dicadangkan oleh Tunku Ismail sebelum ini. Mengikut statut FAM, pelantikan boleh dibuat dalam kongres terdekat dan ada pemilihan presiden baharu.

“Saya fikir mesej ini jelas kepada sesiapa yang mahu mencabar Datuk Hamidin, mereka perlu berfikir terlebih dahulu.

Bukan tidak boleh cuma kami tidak mahu berlaku kemelut di mana kami perlu membina landskap bola sepak yang lebih baik,” kata Yusoff kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Wisma FAM hari ini.

Pencalonan bagi jawatan Pre­siden FAM dibuka bermula hari ini hingga 11 Mei iaitu 60 hari sebelum pemilihan diadakan.

Sementara itu, Hamidin yang sudah menjadi Setiausaha Agung FAM selama lima tahun di bawah tiga Presiden FAM yang berbeza berkata beliau bersedia untuk mengisi kerusi No. 1 itu selepas mengambil kira semua faktor malah mengakui sokongan yang diterimanya amat positif.

“Selepas berbincang dengan Tunku Ismail dan presiden persatuan sukan serta exco FAM saya terharu dengan sokongan yang diberikan dan tanpa rasa ragu-ragu saya sedia bertanding untuk jawatan presiden. 

Saya sedia memikul tanggungjawab jika dipilih sebagai presiden.

“Saya fikir ini adalah fasa ter­akhir, kerana jika saya tidak dipi­lih pada 14 Julai ini bermakna saya tidak akan berada dalam FAM lagi. Buat masa sekarang, saya tidak mahu fikir siapa yang akan menjadi Setiausaha Agung sekiranya saya dipilih sebagai Pre­siden FAM yang baharu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan